Tuesday, June 15, 2010

Percubaan pertama

Alhamdulillah, dengan berkat usaha yang ada pada diri aku ini, berjaya juga aku menghasilkan blog aku sendiri. sebelum ini hanya melihat & membaca blog orang lain je...bukannya aku xnak buat, malah aku nie selalu je x dak masa untuk melakarkan kisah2 yang best & sedih dalam hidupku ini...

Sebelum itu, molek lah aku memperkenalkan diri ku ini dahulu...Nama diberi, Muhammad Farhan Bin Adnan...merupakan anak jati Penang...merupakan anak ke2 daripada 4 orang adik-beradik...abahku bernama Adnan Bin Ab Rahman manakala Mak pula Rohana Bt Omar...Mak & Abah lah insan yang paling bermakna dalam hidupku ini...begitu juga dengan abangku dan juga 2 orang adik ku...merekalah merupakan sumber inspirasiku dalam segala yang aku lakukan...

Dulu, aku sekolah di SK Pmtg To' Kandu (darjah 1-6), pastu aku melanjutkan perjalan hidupku dengan mendapat tawaran ke SMK Penang Free, malah hanya seketika sahaja aku berada di sana kerana aku mendapat tawaran ke sekolah yang menjadi idaman ramai iaitu SBP...Aku dapat tawaran di SMS Tun Syed Sheh Shahabudin @ nama femes adalah SOKSEK(tingkatan 1-5)...Setelah selesainya perjuanganku di sana, aku meneruskan lagi perjalanan hidupku ini dengan belajar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)...aku berada di KMPP selama 2 tahun kerana aku adalah PDT...Banyak pengalaman baru dalam hidupku aku lalui di KMPP. Inilah tempat bermulanya aku mengenali diriku dengan lebih mendalam & memahami apa yang aku perlukan untuk lebih maju & fokusku untuk masa hadapanku yang kian menjelma tidak lama lagi...

Seusainya aku di KMPP selama 2tahun, aku meneruskan hidupku dengan melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Di UMP, aku merupakan mahasiswa yang bakal menjadi jurutera kimia suatu masa nanti...nantikan....di sini, begitu banyak juga pengalaman baru walaupun aku hanya baru sahaja menghabiskan masa di UMP selama 1 tahun...

Lagi 3 minggu, aku bakal menjadi pelajar tahun 2 di UMP ini & bermulalah era mengadap buku dan juga menjalankan tanggugjawabku demi kelab yang tersayang iaitu IN-SMARTIVE...

mmmmm...cukuplah kot untuk setakat ini je pada permulaanku dengan blog ni...InsyaAllah, di masa akan datang...kita besua lagi...

Alhamdulillah...=)

5 comments:

  1. assalammualaikum.
    wah..
    pa'an dh ad blog.hihi.

    ReplyDelete
  2. waalaikummussalam...
    hehehe...sj je bwat nie...jst nk try2 je..lalala...=)

    ReplyDelete
  3. rjn2 update ye..blh akk bca selalu..akk nk link kn ke blog akk

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah...xleh nk jnji la...kalu da msa free n idea 2..ok r..hehehe...=)

    ReplyDelete